Perubahan

Posted: January 30, 2013 in :s/

Assalam semua.. kembali aku di sini setelah lama menyepi., tetiba bosan pulak..

Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk bernafas di atas muka bumi ini.. Alhamdulillah, aku masih diberi peluang kedua oleh Allah swt oleh berubah, berubah ke arah yang lebih baik.. Aku mengaku, aku agak terpesong dari jalan Islam sebelum ni.. mungkin tak terbabas jauh, tapi aku sedar kesalahan aku.. dan aku sangat-sangat bersyukur kepadaNya sebab sedarkan aku akan kesilapan aku selama ni.. 

Aku tak kata aku mampu untuk terus berubah sepenuhnya.. dan aku pun tak kata aku akan berubah jadi seorang yang akan berserban, berkopiah, berjanggut dan sebagainya tu.. aku akan terus jadi diri aku.. perubahan tu aku cuba lakukan dari dalam diri aku sendiri.. aku cuba untuk jadi yang lebih baik, sekurang-kurangnya untuk diri aku sendiri., sebelum jadi yang lebih baik untuk orang sekeliling..

susah jugak sebenarnya, tapi tak ada yang mustahil kalau niat kita baik.. Allah akan tolong kita., insyaAllah.. kepada sesiapa yang mengenali diri aku, aku mohon maaf dan ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki, atas semua kesilapan aku kepada anda semua selama aku mengenali anda.. aku manusia biasa, aku akan cuba perbaiki kesilapan aku..

Kesilapan di Bulan Ramadhan

Posted: July 23, 2012 in :s/

Salam Ramadhan al-Mubarak..sementara nak menunggu waktu berbuka, aku nak share sikit kesilapan2 yg biasa berlaku pada kita semua sepanjang bulan yg mulia ni..

1) Makan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : “sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu” (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. “Sahur” itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam (Awnul Ma’bud). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : ” dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar” (Az-Zariyyat : 18)

Ertinya : “Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :” Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu” ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Ia adalah satu kesilapan yang besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng’ solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering’ pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
Ini jelas suatu kesilapan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatmanya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, “Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat”. (Riwayat al-Bukhari)

7) Malas dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
Kerja yang kita lakukan dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memptingkatkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan penat berpuasa.

Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami’ as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur hingga tidak puasa.
Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran’ yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Atau jangan sesekali masih makan melepasi waktu imsak lalau mengganggap puasanya sudah terbatal. Waktu yang disepakati ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba.
Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan ‘tanpa Syaitan’ ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad bersabda :-
 

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.
Ini satu lagi  kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : “Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi” ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak” ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)…

3rd Language

Posted: June 14, 2012 in :s/

Holla…lama tak update..
tajuk kat atas, “3rd Language”.. salah satu subjek yg aku kena amik time degree ni, and aku amik Bahasa Perancis..
Mula-mula rasa kekok gak belajar france ni, tp lama-lama senang je sebenarnya..
Dan yg bestnya, salah satu drpd syarat utk lulus subjek ni ialah short film,,and of course filem perancis okey 🙂

So, kat cni aku saja share video yg grup aku wat selama 3 semester yg lepas,,and ni semester yg last..sobs2 😦 sedih lak, pasni takde dah short film..

 

Semester 3 (Les Voleurs)

 

Semester 4 (Les Voleurs 2)

 

Semester 5 (La Vie)

 

Credit to : Khairul, Hazwan, Syazwan, Akmal and Safwan 🙂 u guyz rockz!!

Jom Belajar Gitar!!!

Posted: May 25, 2012 in :s/

Assalam semua.. kali ni aku bosan, so aku nak bg tutorial main gitar la plak.. ekekeke.. salah 1 hobi aku, main gitar la.. takde la pro sgt pun.. just utk isi masa lapang je.. so, bg yg berminat., belajar la yek..

Sini aku bg chord yg basic je.. lain kali kalau rajin, aku sambung part 2 pulak utk chord yg lg advance.. Choww!!!

Chord A

Chord A minor (Am)

Chord B

Chord B minor (Bm)

Chord C

Chord D

Chord D minor (Dm)

Chord E

Chord E minor (Em)

Chord F

Chord G

 

Kalau tak paham nak baca titik2 kat atas tu.., tgk video nih.. selamat belajar…

 

Saat Terakhir. . .

Posted: May 4, 2012 in :s/

Terlalu sukar untuk meluahkan rasa hati ini.

Begitu payah utk menyatakan hasrat hati.

Begitu kelu lidah untuk mengucapkan rasa sayang ini.

Pertama kali aku melihat dirimu, aku terpikat.

Untuk 3 tahun, akhirnya kamu menjadi milikku.

Terasa seperti dunia berhenti berputar di saat aku bersama dirimu.

Engkau menjumpai kisah silamku, dan tanpa disangka-sangka. . .

Ribut melanda hubungan kita.

Inikah kesudahan perhubungan kita?

Namun ku terus berusaha untuk kembali kepadamu.

Untuk pertama kalinya, kau bilang kau membenci diriku.

Rasa hancur hati ini, hanya tuhan yang tahu.

Apakah langsung tiada ruang untuk ku kembali bertapak dalam hatimu?

Isi hatimu bisa menceritakan segalanya.

Namun kau memilih untuk terus berdiam diri, dan menyeksa diri kita.

Aku tahu aku yang bersalah.

Maaf ku pohon daripadamu.

Semua yang berlaku hanyalah kisah silamku.

Namun hanya namamu yang terpahat kukuh dalam hati ini.

Dulu, kini dan selamanya.

Saya cintakan awak.

Saya sayangkan awak.

Saya sanggup tunggu awak.

Namun, andai awak pilih untuk terus berdiam. . .

Andai awak pilih untuk pergi tinggalkan saya. . .

Saya tak tahu apa patut saya lakukan.

Sebab bila saat itu tiba. . .

Saya tahu saya akan terus menangis.

Sebab kamu yang satu dalam hatiku.

Sebab hanya kamu yang aku cintai.

Sampai bila-bila pun, aku akan terus menyintai kamu. . .

Kasihku. . .

 

True Story. . .

Posted: May 2, 2012 in :s/

404 Page Not Found

Posted: April 21, 2012 in :s/

404 Page Not Found.. . . Ada gak website yg kreatif lebih nak create page utk displaykan 404 error nih..

Emotion

Posted: April 19, 2012 in :s/

Kesengalan Berganda

Posted: April 18, 2012 in :s/

Aku malas nak komen, korang tengok dan nilaikan sendiri 😛

–The Happiest Place on Earth–

Posted: April 12, 2012 in :s/

Ramai orang cakap, Disneyland adalah tempat paling best dalam dunia..

Tapi aku tengok muka mamat ni macam takde perasaan je..BEST KE DISNEYLAND??