Ajal, Maut, dan Nyawa . .

Posted: February 15, 2011 in :s/

Assalamualaikum wbt,

Mungkin belum terlewat untuk aku ucapkan SALAM MAULIDUR RASUL.
Ayat yang atas tu mesti korang pernah dengar, kan?
Sesungguhnya tiap-tiap yang hidup pasti menemui ajalnya.
Ajal tidak mengenal usia, jantina, pangkat mahupun tempat…
Benar bukan?
Cuma waktunya hanya Allah yang lebih mengetahui…
Maka, gunakanlah waktumu itu dengan sebaiknya dengan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Kalau korang hafal lagu raihan mesti korang ingat….

1. muda sebelum tua
2. sihat sebelum sakit
3. kaya sebelum miskin
4. lapang sebelum sempit
5. hidup sebelum mati

Aiseh 5 perkara jer…?
Kacang beb…!
Walaupun kita hanya diminta untuk mengingati 5 perkara tersebut, namun ternyata agak sukar bagi segelintir individu. Kita mudah alpa dengan masa “MUDA” kita. Kita jarang bersyukur dengan ke“SIHAT”an kita. Kita kadang-kala kufur nikmat dengan ke“KAYA”an yang dimiliki. Kita juga sering mengisi waktu “LAPANG” kita di depan TV mahupun LAPTOP. Dan kita seringkali jua terlupa bahawa saat “AJAL” kita bakal dijemput bila-bila masa sahaja.

Erm,
Sebagai suatu motivasi, teringat plak kata-kata seorang hukama’.
Andainya kamu ingin melakukan dosa, pastikan kamu berada dalam 4 perkara ini, iaitu:-

1. Kamu melakukan dosa tersebut di sebuah tempat yang tidak dapat dilihat oleh ALLAH S.W.T.
2. Kamu melakukan dosa tersebut di sebuah tempat yang bukan dimiliki ALLAH S.W.T.
3. Kamu makan dan minum bukan daripada sumber atau rezeki yang dikurniakan ALLAH S.W.T.
4. Apabila sampai saat kamu didatangi malaikat Izrail untuk mencabut nyawa kamu, kamu mampu memohon penangguhan dari ALLAH S.W.T. agar kamu sempat berbuat baik dan bertaubat.

Ayuh, tetap berISTIQAMAH… terus berusaha untuk memperbaiki diri dan saling mengingatkan dengan kebenaran dan kesabaran.
Renung-renung dan selamat beramal….!

p/s : sekadar suatu peringatan kepada diri dan juga orang lain.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s