Archive for June, 2011

Nora Elena

Posted: June 24, 2011 in :s/

Assalam semua.

Sekarang ni semua kawan2 aku dok bercerita pasal Nora Elena nih.. Jujur cakap, aku tak pernah tgk pun (^_^) Kawan aku mintak tolong aku carik link utk download cerita nih, so kali ni aku just nak contribute kepada sape2 yang tak sempat nak tengok kat tv..Enjoy!!

 Download Links :

Episod 1 

Episod 2

Episod 3

Episod 4

Episod 5

Episod 6

Episod 7

Episod 8

Episod 9

Episod 10

Episod 11

Episod 12

Episod 13

Episod 14

Episod 15

Episod 16

Episod 17

Episod 18

Episod 19

Episod 20

Episod 21

Episod 22

Episod 23

Episod 24 

– -> Credit to http://www.teamhanna.org/

::ShockinG

Posted: June 22, 2011 in :s/

Assalam semua..

Semalam aku terbaca 1 artikel nih yang menyatakan bahawa :

Menurut 1 kajian yang dijalankan di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur, 80 daripada 100 pelajar perempuan mengaku pernah melakukan seks.”

O.M.G..!!!!!

Ada orang cakap, kalau lelaki tak boleh terima awek yang takde dara maksudnya dia tak matang, outdated. Aku pun tak tau la betul ke tak. Maybe aku ni memang tak matang lagi kot, atau mungkin memang aku yang ketinggalan zaman.

Aku ni bukan baik sangat nak berdakwah, tapi korang hayati la ayat-ayat di bawah ni..

-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

Malam pasangannya siang,

Jaga pasangannya tidur,

Rajin pasangannya malas,

Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah

pasangan kepada lelaki,

Maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita

itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,

Maka ia ada hubung kait dengan nafsu.

Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,

ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu,

mestilah dikawal dengan iman.

Untuk mendapatkan iman

mesti menurut perintah Allah dan RasulNya

 dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.

Simbol apa, semua orang tahu.

Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika

tidak dikawal dengan iman.

Maka mata lelaki ini selalu menjalar

apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang

perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki

dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.

Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan

Maka perkara pertama yang akan

dilihatnya ialah

rambut wanita berkenaan.

Maka akan ditafsirlah berbagai cara oleh

seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup

rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup,

Maka mata lelaki itu akan turun ke bawah

melihat bentuk lehernya,

Maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.

Maka mata lelaki itu akan turun lagi

melihat bentuk dadanya,

Maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk

dada dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan

turun lagi melihat

bentuk ramping pinggangnya,

Maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak

bentuk pinggangnya,

Mata lelaki itu akan melihat pula akan

bentuk belakangnya,

Maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya

agar bentuk belakangnya tidak kelihatan,

Dan

lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,

Maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain

yang ketat sehingga terlihat bentuk

pehanya walau sedikit,

Maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan

bentuk kakinya pula,

Maka janganlah wanita itu berseluar,

kerana terus-terang pihak lelaki bercakap,

walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,

jika beliau memakai seluar,

walau nampak besar sedikit,

nafsu kami lelaki akan terusik,

entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak

akan bentuk kakinya,

Maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu

kepada kakinya,

Maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki

itu agar tidak melakukan dosa,

menutup kakinya dengan melabuhkan kain,

atau memakai stokin yang warnanya

jangan sesekali berwarna kulit perempuan,

Maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,

akan melihat pula

bentuk tangan wanita itu,

Maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan

tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,

janganlah pula kamu melihat mukanya,

kerana ia akan menimbulkan fitnah,

kecuali jika kamu wahai lelaki,

ingin meminangnya.

Jika wanita itu cukup soleh,

takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah,

Maka berpurdahlah kamu,

jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi penyakit,

iaitu

mata lelaki itu akan tertangkap dengan spontan

jika ia terlihat

warna yang menyerlah atau terang

jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan,

tolonglah jangan memakai pakaian

yang warnanya terang-terangan

sangat.

Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.

Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu

apakah dia mata lelaki itu,

dan perlu diingatkan,

jika semua aurat telah ditutup,

jangan anggap tugas kita telah selesai,

perlulah pula kita menjaga kehormatan diri,

jangan keluar seorang diri,

keluarlah dengan mahram,

atau sekurangnya 3 wanita agar

tidak diganggu gangguan luar,

mata lelaki pula

janganlah menjalar langsung kepada muslimah,

walau muslimah itu telah menutup aurat,

insyaAllah selamat dunia akhirat.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,

sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung

umpama tidak menutup aurat,

dan pada kaum lelaki,

mata kamu itu wajib untuk tidak

mencuri melihat wanita muslimah,

kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat..
Seindah-indah ciptaan Allah yang paling sukar untuk dijaga adalah wanita solehah…

iPod Magic – Deceptions

Posted: June 15, 2011 in :s/

Operation Malaysia

Posted: June 15, 2011 in :s/

 

“Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world’s strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favour.”

cinta tak kenal usia .::

Posted: June 14, 2011 in :s/

RAWANG: Cinta pandang pertama di perkuburan Islam Bandar Tasik Puteri, Rawang di sini, membawa seorang warga emas yang juga Imam 3, Masjid Bandar Tasik Puteri (MBTP), Idris Muhammad Sharif, 72, ke jenjang pelamin bersama Junanaah Zakaria, 53, kelmarin.

Pasangan berkenaan mengakui gementar pada saat majlis pernikahan itu dimulakan, namun gembira hasrat mereka mendirikan mahligai tercapai. Idris berkata, semuanya bermula di tapak perkuburan selepas kematian isterinya, Miah Bidin, 64, pada 2009.

“Sejak kematian isteri, saya menziarahi kubur arwah setiap hari. Pada masa sama, saya lihat ada seorang wanita turut ada di situ menziarahi kubur arwah suaminya. Setiap kali bertemu, kami tak bertegur sapa. Namun hati ini terdetik hendak bertanya sesuatu tapi terasa malu. Di situlah hati saya terdetik memikat hati wanita berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Junanaah berkata, dia menziarahi kubur arwah suaminya setiap hari sejak Mohd Isa A Yasih, 71, meninggal dunia juga pada 2009.

“Saban hari saya menziarahi kubur arwah suami manakala abang (Idris) menziarahi kubur arwah isterinya. Kami hanya berpandangan tapi tak berani bertegur sapa. Pada Mac lalu abang merisik dengan menghubungi saya sendiri tanpa menerusi orang tengah. Dia menyatakan hasratnya untuk memperisterikan saya. Saya terpinga-pinga kerana tak tahu dari mana abang dapat nombor telefon saya tapi inilah yang dikatakan jodoh,” katanya.

Menerusi perkahwinan pertama dahulu, Idris dianugerahi lima anak dan lapan cucu manakala Junanaah pula mempunyai dua anak dan enam cucu.

chibiCartoon

Posted: June 10, 2011 in :s/


Pelajar IPT dan CUTI

Posted: June 9, 2011 in :s/

Assalam semua. Lame dah aku tak update blog nih. Taktau la kenape (malas kot?). Tapi memandangkan aku sekarang nih tengah cuti semester yg “AGAK” lame (4bulan, lame tu!) , so entry kali ni aku nak story sikit pasal situasi-situasi tipikal budak-budak IPT ni. And of course most of the situation (maybe 50%, and maybe more) are based on me myself (aiyoo)…

 

 

Secara amnya :

Sebelum cuti – Yay!! Dah nak cuti dowh. Tak sabar dah ni!

Awal cuti – Yahoo!! Cuti ni nak enjoy puas – puas la!

Pertengahan cutiBosan betul la cuti sem ni. Kenapa cuti panjang sangat?

Akhir cutiDah nak habis cuti ke? Alaa.. Cepatnya masa berlalu. Tak rasa pun.

Selepas cuti, masuk semester baruEh, bile cuti mid sem haa?

 

Secara detailnya pula :
Sebelum cuti – Yay!! Dah nak cuti dowh. Tak sabar dah ni!

Masing-masing sibuk mengemas barang-barang di hostel. Tiket bas awal-awal lagi dah beli padahal cuti 4 minggu lagi. Tiket pulak mesti nak ambil yang paling awal. Ada tu kalau habis kelas terus blah ke terminal bas. Kira kalau boleh memang tak nak stay lama la kat U ni. Haha..

 

Awal cuti – Yahoo!! Cuti ni nak enjoy puas – puas la!

Masa ni siapa peduli U.  Kawan-kawan U buat-buat lupa. Otak memang penuh dengan plan nak gathering dengan kawan-kawan lama. Belum kira bab nak tengok wayang la, karoke la, futsal lagi. Tak pun plan nak melancong bersama kekasih. Keluar dengan famili? Ade la kot sorang dua,,heheh..

 

Pertengahan cutiBosan betul la cuti sem ni. Kenapa cuti panjang sangat?

Bila duit dah mula nak habis, mula lah terperap kat rumah. Nak keluar tengok wayang pun fikir banyak kali, dah macam fikir nak kahwin. YM, FB dan yang sewaktu dengannya akan dipenuhi dengan status “Boring sial”. Masa ni semua pakat tanya “ Cuti buat apa?” ,“Tak keluar ke?” dan macam-macam lagi la.

Kuantiti movie yang akan didownload secara haram jugak semakin banyak. Movie atau clip-clip video yang “tak ada dialog” (korang paham-paham sendiri la) pun sama. Pastu bila download movie English, nak jugak download subtitle. Macam tak paham English. Haiz..

 

Akhir cutiDah nak habis cuti ke? Alaa.. Cepatnya masa berlalu. Tak rasa pun.

Masa ni kat rumah dok termenung pasal sem depan. Mula la pakat simpan “azam” konon nak study hard la, study smart la. Masa ni gak sibuk buat bajet untuk sem depan yang confirm-confirm akan tak cukup duit. Kerja malas, duit nak.
Masa ni semua on YM, FB dan lain-lain tanya “Balik bila?”, “Balik dengan apa?”,”Balik dengan siapa?” Tak kurang juga ada yang bangang bertanya “Kau balik ke tak?”.

 

Selepas cuti, masuk semester baruEh, bile cuti mid sem haa?

Time ni, semua pakat tunggu cuti pulak dah. Dalam hati mesti terdetik “menyesal aku tak enjoy puas-puas cuti panjang hari tu”.

Then bila start cuti mid semester, biasanya ade assignment. And rata-rata students selalu menggunakan konsep “last minute work always works.” Cuti tu memang 100% enjoy lah maksudnya. Bagi yang balik rumah tu, hari-hari terakhir baru nak buat assignment. Ada tu sampai tak tidur sebab nak siapkan kerja yang tertangguh.

Then sehari sebelum kelas start baru nak balik U. Tu pun dengan assignment yang tak siap lagi. Tiket bas kalau boleh ambil yang paling lewat. Kelas pukul 8 pagi, naik bas pukul 3 pagi hari yang sama.
Bila cuti hujung sem start balik, baca balik dari atas. Recycle balik (^_^)

:.LifE is Fair.::

Posted: June 9, 2011 in :s/

Never regret. Life is good. When it is nice, it is beautiful. When it is not, it is the remarkable experience.

Yet life is not about how good you are, or how well you behave. Sometimes you’re going up, and some other time you will be down. But still, enjoy your life while you can.