Pelajar IPT dan CUTI

Posted: June 9, 2011 in :s/

Assalam semua. Lame dah aku tak update blog nih. Taktau la kenape (malas kot?). Tapi memandangkan aku sekarang nih tengah cuti semester yg “AGAK” lame (4bulan, lame tu!) , so entry kali ni aku nak story sikit pasal situasi-situasi tipikal budak-budak IPT ni. And of course most of the situation (maybe 50%, and maybe more) are based on me myself (aiyoo)…

 

 

Secara amnya :

Sebelum cuti – Yay!! Dah nak cuti dowh. Tak sabar dah ni!

Awal cuti – Yahoo!! Cuti ni nak enjoy puas – puas la!

Pertengahan cutiBosan betul la cuti sem ni. Kenapa cuti panjang sangat?

Akhir cutiDah nak habis cuti ke? Alaa.. Cepatnya masa berlalu. Tak rasa pun.

Selepas cuti, masuk semester baruEh, bile cuti mid sem haa?

 

Secara detailnya pula :
Sebelum cuti – Yay!! Dah nak cuti dowh. Tak sabar dah ni!

Masing-masing sibuk mengemas barang-barang di hostel. Tiket bas awal-awal lagi dah beli padahal cuti 4 minggu lagi. Tiket pulak mesti nak ambil yang paling awal. Ada tu kalau habis kelas terus blah ke terminal bas. Kira kalau boleh memang tak nak stay lama la kat U ni. Haha..

 

Awal cuti – Yahoo!! Cuti ni nak enjoy puas – puas la!

Masa ni siapa peduli U.  Kawan-kawan U buat-buat lupa. Otak memang penuh dengan plan nak gathering dengan kawan-kawan lama. Belum kira bab nak tengok wayang la, karoke la, futsal lagi. Tak pun plan nak melancong bersama kekasih. Keluar dengan famili? Ade la kot sorang dua,,heheh..

 

Pertengahan cutiBosan betul la cuti sem ni. Kenapa cuti panjang sangat?

Bila duit dah mula nak habis, mula lah terperap kat rumah. Nak keluar tengok wayang pun fikir banyak kali, dah macam fikir nak kahwin. YM, FB dan yang sewaktu dengannya akan dipenuhi dengan status “Boring sial”. Masa ni semua pakat tanya “ Cuti buat apa?” ,“Tak keluar ke?” dan macam-macam lagi la.

Kuantiti movie yang akan didownload secara haram jugak semakin banyak. Movie atau clip-clip video yang “tak ada dialog” (korang paham-paham sendiri la) pun sama. Pastu bila download movie English, nak jugak download subtitle. Macam tak paham English. Haiz..

 

Akhir cutiDah nak habis cuti ke? Alaa.. Cepatnya masa berlalu. Tak rasa pun.

Masa ni kat rumah dok termenung pasal sem depan. Mula la pakat simpan “azam” konon nak study hard la, study smart la. Masa ni gak sibuk buat bajet untuk sem depan yang confirm-confirm akan tak cukup duit. Kerja malas, duit nak.
Masa ni semua on YM, FB dan lain-lain tanya “Balik bila?”, “Balik dengan apa?”,”Balik dengan siapa?” Tak kurang juga ada yang bangang bertanya “Kau balik ke tak?”.

 

Selepas cuti, masuk semester baruEh, bile cuti mid sem haa?

Time ni, semua pakat tunggu cuti pulak dah. Dalam hati mesti terdetik “menyesal aku tak enjoy puas-puas cuti panjang hari tu”.

Then bila start cuti mid semester, biasanya ade assignment. And rata-rata students selalu menggunakan konsep “last minute work always works.” Cuti tu memang 100% enjoy lah maksudnya. Bagi yang balik rumah tu, hari-hari terakhir baru nak buat assignment. Ada tu sampai tak tidur sebab nak siapkan kerja yang tertangguh.

Then sehari sebelum kelas start baru nak balik U. Tu pun dengan assignment yang tak siap lagi. Tiket bas kalau boleh ambil yang paling lewat. Kelas pukul 8 pagi, naik bas pukul 3 pagi hari yang sama.
Bila cuti hujung sem start balik, baca balik dari atas. Recycle balik (^_^)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s