::ShockinG

Posted: June 22, 2011 in :s/

Assalam semua..

Semalam aku terbaca 1 artikel nih yang menyatakan bahawa :

Menurut 1 kajian yang dijalankan di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur, 80 daripada 100 pelajar perempuan mengaku pernah melakukan seks.”

O.M.G..!!!!!

Ada orang cakap, kalau lelaki tak boleh terima awek yang takde dara maksudnya dia tak matang, outdated. Aku pun tak tau la betul ke tak. Maybe aku ni memang tak matang lagi kot, atau mungkin memang aku yang ketinggalan zaman.

Aku ni bukan baik sangat nak berdakwah, tapi korang hayati la ayat-ayat di bawah ni..

-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

Malam pasangannya siang,

Jaga pasangannya tidur,

Rajin pasangannya malas,

Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah

pasangan kepada lelaki,

Maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita

itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,

Maka ia ada hubung kait dengan nafsu.

Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,

ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu,

mestilah dikawal dengan iman.

Untuk mendapatkan iman

mesti menurut perintah Allah dan RasulNya

 dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.

Simbol apa, semua orang tahu.

Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika

tidak dikawal dengan iman.

Maka mata lelaki ini selalu menjalar

apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang

perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki

dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.

Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan

Maka perkara pertama yang akan

dilihatnya ialah

rambut wanita berkenaan.

Maka akan ditafsirlah berbagai cara oleh

seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup

rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup,

Maka mata lelaki itu akan turun ke bawah

melihat bentuk lehernya,

Maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.

Maka mata lelaki itu akan turun lagi

melihat bentuk dadanya,

Maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk

dada dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan

turun lagi melihat

bentuk ramping pinggangnya,

Maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak

bentuk pinggangnya,

Mata lelaki itu akan melihat pula akan

bentuk belakangnya,

Maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya

agar bentuk belakangnya tidak kelihatan,

Dan

lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,

Maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain

yang ketat sehingga terlihat bentuk

pehanya walau sedikit,

Maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan

bentuk kakinya pula,

Maka janganlah wanita itu berseluar,

kerana terus-terang pihak lelaki bercakap,

walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,

jika beliau memakai seluar,

walau nampak besar sedikit,

nafsu kami lelaki akan terusik,

entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak

akan bentuk kakinya,

Maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu

kepada kakinya,

Maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki

itu agar tidak melakukan dosa,

menutup kakinya dengan melabuhkan kain,

atau memakai stokin yang warnanya

jangan sesekali berwarna kulit perempuan,

Maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,

akan melihat pula

bentuk tangan wanita itu,

Maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan

tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,

janganlah pula kamu melihat mukanya,

kerana ia akan menimbulkan fitnah,

kecuali jika kamu wahai lelaki,

ingin meminangnya.

Jika wanita itu cukup soleh,

takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah,

Maka berpurdahlah kamu,

jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi penyakit,

iaitu

mata lelaki itu akan tertangkap dengan spontan

jika ia terlihat

warna yang menyerlah atau terang

jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan,

tolonglah jangan memakai pakaian

yang warnanya terang-terangan

sangat.

Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.

Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu

apakah dia mata lelaki itu,

dan perlu diingatkan,

jika semua aurat telah ditutup,

jangan anggap tugas kita telah selesai,

perlulah pula kita menjaga kehormatan diri,

jangan keluar seorang diri,

keluarlah dengan mahram,

atau sekurangnya 3 wanita agar

tidak diganggu gangguan luar,

mata lelaki pula

janganlah menjalar langsung kepada muslimah,

walau muslimah itu telah menutup aurat,

insyaAllah selamat dunia akhirat.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,

sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung

umpama tidak menutup aurat,

dan pada kaum lelaki,

mata kamu itu wajib untuk tidak

mencuri melihat wanita muslimah,

kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat..
Seindah-indah ciptaan Allah yang paling sukar untuk dijaga adalah wanita solehah…

Advertisements
Comments
  1. Cti Fatimah says:

    syukran 4 da info..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s