Archive for October, 2011

Lakukan Perubahan. . . ::

Posted: October 21, 2011 in :s/

Perkara2 di bawah ini kekadang tak terfikir pun oleh akal kita, antaranya:

1) Dari bujang-kahwin No 1 —- no.2 —– dan seterusnya..

2) Dari pakai motor ex5 — kancil-wira — Honda —- seterusnya..

3) Badminton —–Bola Sepak —– Golf —-

4) Rumah sewa—- rumah murah —rumah teres — banglo….

5) Technician —-supervisor —– engineer — manager…

6) Tv 14′ — 21′ — 29′ —- Home theather…

7) Sg Danga — Tanjung Leman — Langkawi —- Hadyai — Bangkok ..

Dalam semua segi kita mau kan perubahan ke arah yang lebih baik dan glamour…

….. T E T A P I…

KITA JUGA LUPA….
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA….

TAKUT SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN …’ON LOAN’…

CUBA TENGOK BALIK DIRI KITA, BERAPA BANYAKKAH KITA MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBAWA KEARAH ‘PERSEDIAAN UNTUK MATI’

Umpamanya:

1) tak sembahyang —- pastikan sembahyang– -jadikan amalan…..

2) banyak maksiat —– kurangkan —– hapuskan….

3) Bangi —- madinah —- mekah—

4) sedekah RM1.00 —- RM10.00 — RM100.00—–

5) sembahyang dirumah — sembahyang di surau/masjid. …

6) 5 jam sehari menonton TV —– 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU……

7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet —– 2 jam majalah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT di ketepikan… . .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. …….

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa… Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu… malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun… Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..

dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya…

Semoga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin..

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3.. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka..

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka di seksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.’

Telah bersabda Rasullullah saw:

‘Tiga kelompok manusia yang akan di jabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.’

Advertisements