Manusia, perlu saling menasihati. . .

Posted: April 7, 2012 in :s/

Salam….

Aku tak tau kenapa, tapi kali ni aku terpanggil untuk menulis  tentang sikap manusia yang ada di muka bumi ini, termasuklah AKU.

Aku bagi contoh yang biasa kita jumpa di sekeliling kita. Ada seorang ustaz yang selalu berceramah kat surau. Selalu menegur orang lain yang melakukan kesilapan dan mengajak untuk sembahyang dan berbuat baik. Tapi akan ada suara-suara sumbang yang berkata “alah…kubur lain-lain, suka hati akulah…”. Dan di sebaliknya, ada seorang anak ustaz itu menjadi penagih dadah, dan melakukan perkara-perkara yang mengundang dosa besar. Bagaimana kita mengandaikan situasi ini? Pasti kita akan cakap “eleh…jaga je la rumahtangga sendiri, tak payah sibuk pasal orang lain” tak pun “keluarga sendiri kelam kabut, camne nak betulkan orang lain”

Aku pun macam orang lain. Aku tak nafikan yang aku pun kadang-kadang akan cakap macam tu. Tapi kita tak sedar, tu la kehidupan. Tak ada seorang pun kat dunia ini yang nak perkara buruk berlaku pada keluarga dan persekitaran mereka.

Untuk diri aku sendiri, aku sangat-sangat berterima kasih kalau ada kawan-kawan yang sudi tegur aku kalau aku buat silap. Bila aku tersilap langkah, tapi tak ditegur,, macam mana aku nak sedar kesilapan aku. Kadang-kadang, perbuatan yang kita buat tu kita tak sedar pun, walhal ianya sangat menyakitkan hati orang lain.

Ilmu, pendidikan dan iman bukannya ukuran untuk memberi nasihat sesama manusia. Banyak orang salah sangka, selagi tak cukup baik, tak layak nak bagi nasihat.. apa tu??!

Kalau nak menasihati, tak perlu tunggu diri sendiri jadi baik macam malaikat. Sebab kita ni manusia, takkan boleh jadi macam malaikat.

Senario dunia sekarang. Seorang yang berilmu tinggi dan yang dipandang megah je yang layak memberi nasihat. Kalau yang memberi nasihat tu seorang pakcik tua yang miskin, takkan ada yang akan mendengar. Nasihat dia tak boleh pakai ke? Kita ni sebenarnya nak terima nasihat berdasarkan pangkat atau isi nasihat dia?

Kalau ada orang yang nak bagi nasihat, maka izinkanlah dia.Walaupun seorang budak kecil. Budak pun ada hak untuk menasihati, sebab kadang-kadang budak kecil boleh nampak kesilapan kita, yang dah dewasa ni. Dan kita pun sebagai manusia, adalah seorang pendengar. Maka dengarlah nasihat tu, kemudian terpulang untuk terima nasihat tu ataupun tak.

Surah al-Asr

“Demi Masa. Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian. KECUALI mereka yang berIMAN, dan berAMAL SOLEH. Dan berpesan-pesan pada kebaikan, dan berpesan-pesan pada kesabaran.”

Lihat, apa panduan yang telah diberi kepada kita? Salah satunya adalah, berpesan-pesan kepada kebaikan.

Kita ni bukannya malaikat yang setiap masa hanya untuk ALLAH SWT. Manusia ni makhluk yang hina dan sering terlupa. Sebab tu ALLAH SWT berpesan bahawa penting untuk manusia ni saling mengingati antara satu sama lain.

Hidup ni macam roda. Kita tak selalu ada kat atas, dan tak selamanya kita berada di bawah.

Yang memberi nasihat, perlu yakin dan beramal dengan apa yang dinasihatkan. Manakala yang mendengar nasihat harus berlapang dada untuk menerima nasihat seseorang.

Manusia memang pelupa. Maka, jangan ego sepanjang hidup kita kat dunia ni.  Terima nasihat saudara kita dengan seadanya dan hati yang terbuka.

Maaf, andai ada kata aku yang tersilap…

Salam..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s