Archive for January, 2013

Perubahan

Posted: January 30, 2013 in :s/

Assalam semua.. kembali aku di sini setelah lama menyepi., tetiba bosan pulak..

Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk bernafas di atas muka bumi ini.. Alhamdulillah, aku masih diberi peluang kedua oleh Allah swt oleh berubah, berubah ke arah yang lebih baik.. Aku mengaku, aku agak terpesong dari jalan Islam sebelum ni.. mungkin tak terbabas jauh, tapi aku sedar kesalahan aku.. dan aku sangat-sangat bersyukur kepadaNya sebab sedarkan aku akan kesilapan aku selama ni.. 

Aku tak kata aku mampu untuk terus berubah sepenuhnya.. dan aku pun tak kata aku akan berubah jadi seorang yang akan berserban, berkopiah, berjanggut dan sebagainya tu.. aku akan terus jadi diri aku.. perubahan tu aku cuba lakukan dari dalam diri aku sendiri.. aku cuba untuk jadi yang lebih baik, sekurang-kurangnya untuk diri aku sendiri., sebelum jadi yang lebih baik untuk orang sekeliling..

susah jugak sebenarnya, tapi tak ada yang mustahil kalau niat kita baik.. Allah akan tolong kita., insyaAllah.. kepada sesiapa yang mengenali diri aku, aku mohon maaf dan ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki, atas semua kesilapan aku kepada anda semua selama aku mengenali anda.. aku manusia biasa, aku akan cuba perbaiki kesilapan aku..